Harimau Malaya di malukan di Abu Dhabi
Harimau Malaya diaibkan 10-0 dalam pusingan kelayakan Piala Dunia Kumpulan A di tangan United Arab Emirates di Abu Dhabi malam tadi.
Penyerang Ahmed Khalil dan Ali Mabkhout masing-masing menyumbangkan empat (24, 29, 71 dan 78 minit) dan tiga gol (22, 33 dan 75 minit) ketika pasukan Dollah Saleh kelihatan tidak bermaya selepas dimalukan 6-0 di tangan Palestin sebelum ini.
Di separuh masa pertama sahaja Harimau Malaya ketinggalan 7-0 ke bawah. Ini jelas menunjukkan kekalahan yang lebih besar akan berlaku selepas dikalahkan Palestin di Shah Alam tempoh hari.
Pemain pertahanan Mohandad Al Enezi membuka jaringan untuk pasukan Mahdi Ali pada minit ke-16. Habib Fardan Abdullah (minit ke-25) dan Mohamed Ahmed (minit ke-37) melengkapkan kemenangan.
Satu perkara menarik dalam perlawanan ini adalah jurulatih Malaysia, Dollah Saleh, menggunakan tiga penjaga gol sepanjang 90 minit perlawanan. Namun, tak satu pun dari Khairul Fahmi Che Mat, Zamir Selamat dan Khairul Azhan Khalid mencatat clean sheet.
Nasib sama dialami Timor Leste di Kumpulan A. Mereka kalah 0-7 kepada Arab Saudi. Akan tetapi, Timor Leste masih bernasib lebih baik lantaran perbezaan golnya "cuma" tolak 8 (1-9) berbanding Malaysia yang sama-sama mengumpul satu mata tapi perbezaan jaringan yang lebih besar iaitu tolak 16 (1-17) gol.
Dua wakil Asia Tenggara lain iaitu Laos dibelasah 0-8 di Korea Selatan, sementara Myanmar tumpas 0-9 kepada tuan rumah Kuwait. Seperti halnya Malaysia dan Timor Leste, Myanmar dan Laos juga berada di kedudukan dua terbawah liga dengan hanya 1 mata.
Satu-satunya wakil Asia Tenggara yang mencatatkan hasil "cukup baik" adalah Singapura. Mereka hanya kalah 0-1 kepada Syria.
Pra-Piala Dunia 2018 ini juga disatukan dengan kelayakan Piala Asia 2019. Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke fasa ketiga pra-Piala Dunia 2018 sekaligus lolos automatik ke pusingan akhir Piala Asia 2019.
UAE mengungguli carta Kumpulan A dengan enam mata daripada dua perlawanan manakala Malaysia hanya memungut satu mata daripada tiga perlawanan selepas seri menentang Timor-Leste pada bulan Jun lalu. Perlawanan seterus Harimau Malaya adalah menentang Arab Saudi di Stadium Shah Alam pada Selasa.
Post a Comment