Header Ads


Piala Dunia 2014 Brazil - Juara bertahan dihancurkan pasukan Belanda

Van Persie meraikan jaringan sulung Belanda
Juara bertahan Piala Dunia, Sepanyol, menelan kekalahan 1-5 dari Belanda dalam perlawanan Kumpulan B Piala Dunia 2014 di Arena Fonte Nova, Salvador, sebentar tadi.

Ini menjadi pertemuan pertama kedua pasukan sejak kali terakhir mereka bertarung pada final Piala Dunia 2010. Saat itu, Sepanyol menjadi pemenang melalui gol tunggal Andres Iniesta pada masa tambahan.

Dua gol masing-masing dari Robin Van Persie dan Arjen Roben dan satu gol dari Stefan de Vrij ternyata memberikan pukulan hebat kepada juara bertahan.

Walaupun Sepanyol menguasai perlawanan untuk 44 minit pertama dan ketinggalan melalui gol penalti Xabi Alonso, mereka bangkit untuk menghancurkan juara bertahan dengan begitu bergaya. Sepanyol berjaya bangkit dari kekalahan pembukaan kepada Switzerland di Afrika Selatan tetapi ia adalah sukar untuk melihat bagaimana mereka boleh bangkit selepas kekalahan yang menyentap semangat seperti ini. Mereka tidak pernah ditembusi lima gol dalam satu antarabangsa sejak tahun 1963 dan walaupun Piala Dunia ini masih lagi di peringkat awal, ia akan mengambil masa untuk memulihkan semangat dari kekalahan yang teruk dalam Kumpulan B ini.


No comments

Powered by Blogger.