Moto GP - Marc Marquez mencatat rekod tujuh kemenangan berturut-turut
Marc Marquez cipta rekod 7 kemenangan berturut-turut |
Marc Marquez mencatat rekod tujuh kemenangan berturut-turut setelah berjaya mengungguli GP Catalunya di tempat pertama Valentino Rossi kedua, disusuli Dani Pedrosa di tempat ketiga.
Pedrosa melakukan permulaan dengan baik dari pole position. Namun, Jorge Lorenzo mengambil alih teraju pada selekoh pertama. Tak berselang lama, Rossi berjaya naik ke kedudukan dua.
Pada akhir pusingan pertama, Lorenzo mendahului, diikuti Rossi, Pedrosa, dan Marquez. Pada awal pusingan kedua di selekoh satu, Marquez berjaya melewati Pedrosa.
Persaingan di depan terjadi antara Rossi, Marquez, Pedrosa, Lorenzo, dan Stefan Bradl. Pada pertengahan perlumbaan, Bradl mulai tertinggal.
Persaingan Rossi dan Marquez dalam perebutan kedudukan pertama berlangsung amat sengit. Beberapa kali Marquez mendapat kesempatan melewati Rossi, tetapi Rossi berjaya bertahan.
Memasuki pusingan ketujuh, Marquez dan Pedrosa berjaya melewati Rossi. Namun, keempat pelumba di depan secara serentak mengangkat tangan kerana hujan mulai turun. Ketika motor perlahan, Rossi mengambil kesempatan kembali ke depan.
Di pit, semua pasukan mempersiapkan motor dengan tayar basah. Namun, tidak ada pelumba yang menukar motor.
Keputusan penuh GP Catalunya:
1. Marc Marquez ESP Repsol Honda Team (RC213V) 42m 56.914s
2. Valentino Rossi ACP Movistar Yamaha MotoGP (YZR-M1) 42m 57.426s
3. Dani Pedrosa ESP Repsol Honda Team (RC213V) 42m 58.748s
4. Jorge Lorenzo ESP Movistar Yamaha MotoGP (YZR-M1) 43m 1.454s
5. Stefan Bradl GER LCR Honda MotoGP (RC213V) 43m 8.062s
6. Aleix Espargaro ESP NGM Forward Racing (Forward Yamaha) 43m 11.127s
7. Pol Espargaro ESP Monster Yamaha Tech 3 (YZR-M1) * 43m 13.041s
8. Andrea Dovizioso ACP Ducati Team (Desmosedici) 43m 13.089s
9. Andrea Iannone ACP Pramac Racing (Desmosedici) 43m 14.954s
10. Bradley Smith GBR Monster Yamaha Tech 3 (YZR-M1) 43m 21.695s
11. Yonny Hernandez COL Pramac Racing (Desmosedici) 43m 34.067s
12. Scott Redding GBR Go & Fun Honda Gresini (RCV1000R) * 43m 39.835s
13. Nicky Hayden USA Drive M7 Aspar (RCV1000R) 43m 40.213s
14. Michele Pirro ACP Ducati Team (Desmosedici) 43m 52.071s
15. Hiroshi Aoyama JPN Drive M7 Aspar (RCV1000R) 43m 56.105s
16. Broc Parkes AUS Paul Bird Motorsport (PBM-ART) * 43m 57.820s
17. Michael Laverty GBR Paul Bird Motorsport (PBM-ART) 43m 58.198s
18. Colin Edwards USA NGM Forward Racing (Forward Yamaha) 44m 3.035s
19. Hector Barbera ESP Avintia Racing (Avintia) 44m 22.109s
20. Michel Fabrizio ACP IodaRacing Project (ART) 44m 37.579s
Mike Di Meglio FRA Avintia Racing (Avintia) * DNF
Cal Crutchlow GBR Ducati Team (Desmosedici) DNF
Alvaro Bautista ESP Go & Fun Honda Gresini (RC213V) DNF
Karel Abraham CZE Cardion AB Motoracing (RCV1000R) DNF
Post a Comment