Header Ads


Badminton Terbuka Jepun - Hanya Chong Wei berjaya teruskan kemaraan

Sembang Sukan Semasa
Datuk Lee Chong Wei
Harapan Malaysia untuk melihat 2 wakil di separuh akhir terbuka Jepun tidak kesampaian apabila hanya Datuk Lee Chong Wei sahaja yang berjaya meneruskan kemaraan apabila berjaya mengalahkan pilihan ke 5 kejohanan dari Indonesia Tommy Sugiarto 21-15 12-21 21-17.

Harapan untuk melihat bergu negara beraksi di separuh akhir tidak kesampaian apabila Malaysia gandingan Hoon Thien How dan Tan Wee Kiong yang merupakan pilihan ke 7 kejohanan disingkirkan oleh pilihan pertama dari Indonesia Mohammad Ahsan dan Hendra Setiawan 21-16, 21-19.

Di peringkat separuh akhir nanti Chong Wei akan berentap dengan pemain tuan rumah Kenichi Tago sementara separuh akhir satu lagi akan menemukan Jan O Jorgensen dan Hu Yun yang masing-masing berjaya menundukkan jagoan Cina Lin Dan dan Chen Long.

No comments

Powered by Blogger.