Piala Dunia Brazil 2014 - Xherdan Shaqiri tonggak kemenangan Switzerland
Xherdan Shaqiri |
Pemain tengah Xherdan Shaqiri terpilih menjadi pemain terbaik dalam perlawanan Kumpulan E Piala Dunia 2014 antara Switzerland dan Ecuador di Stadium Nasional, Brasilia, pagi tadi.
Selama 90 minit berada di dalam gelanggang, Shaqiri membuat 55 kali umpanan tepat. Walaupun tidak menyumbang gol, pemain tengah Bayern Munich itu melepaskan enam sepakan ke arah gawang.
Perlawanan itu berakhir 2-1 untuk kemenangan Switzerland. Walaupun Ecuador unggul lebih dulu melalui Enner Valencia pada minit ke-22. Switzerland mampu bangkit pada separuh kedua. Selepas Mehmedi mencetak gol penyamaan pada minit ke-48, pemain gantian Haris Sefeverovic memastikan kemenangan Switzerland pada masa kecederaan.
Post a Comment