Header Ads


BPL - Permulaan Yang Baik Untuk MU dan Liverpool



Manchester United dan Liverpool memulakan tirai BPL dengan langkah kanan apabila kedua-dua kelab merakamkan kemenangan dalam perlawanan pertama mereka. Walau bagaimana pun Arsenal tumpas di gelanggang sendiri kepada kelab yang bergelut untuk memastikan survival di BPL musim lalu Aston Villa.
AFP PHOTO / IAN KINGTON

Gol-gol dari (34') Robin Van Persie (36') Danny Welbeck (72') Robin Van Persie (90 + 2') Danny Welbeck membolehkan MU di bawah kendalian Moyes merakamkan kemengan selesa 4-1 ke atas Swansea. Rooney di masukkan sebagai pemain gantian kerana kurang match practice, dimasukkan pada minit 62 dengan tepukan gemuruh dari peminat yang mungkin akan mengubah hasrat pemain itu untuk menyertai Chelsea musim ini.

Striker Daniel Sturridge menyumbatkan gol pada minit 37 untuk membolehkan Liverpool memulakan kempen BPL musim ini dengan kemenangan. Walau bagaimanapun hero Liverpool malam tadi ialah goalkeeper Simon Mignolet yang menyelamatkan tendangan penalti Jonathan Walters di mini-minit akhir perlawanan.

Dua gol penalti dari Benteke serta satu gol dari Antonio Luna membolehkan Aston Villa mencipta kemengan 3-1 keatas Arsenal yang terpaksa bermain dengan 10 pemain apabila Laurent Koscielny di buang padang pada minit 67 setelah menerima dua kad kuning.

Lain-lain keputusan malam tadi menyaksikan West Ham menewaskan Cardiff 2-0 hasil jaringan Joe Cole dan Kevin Nolan. Norwich pula menghampakan Everton apabila Van Wolfswinkel berjaya mengikat perlawanan dengan keputusan 2-2. West Brom tewas di tempat sendiri kepada Southampton menakala Sunderland pula tumpas di tempat sendiri kepada Fulham

No comments

Powered by Blogger.