Liga Perdana Inggeris - Chelsea 2 - Anton Villa 1
Chelsea terpaksa berhempas pulas sebelum berjaya menundukkan Aston Aston Villa 2-1 pada lanjutan Premier League di Stamford Bridge, malam tadi dengan Branislav Ivanovic menjadi wira kemenangan The Blues hasil gol melalui tandukannya di babak kedua.
Sebaik wisel berbunyi, Chelsea terus bermain agresif dan memberikan ancaman terhadap pertahanan lawan. Mereka hanya perlu masa enam minit untuk unggul kerana Antonio Luna tertampan bola yang mengenai badannya hingga menyulitkan penjaga gawang Brad Guzan menepis keluar bola lalu terus bersarang di sudut kanan atas gawang.
Meskipun demikian, bukan perkara mudah bagi Chelsea menambah gol. Berdasarkan statistik hingga minit ke-30, The Blues mencatat 70 peratus penguasaan bola. Akan tetapi, tak ada peluang emas bagi Frank Lampard dan kawan-kawan untuk menggandakan keunggulan.
Memasuki injury time, Aston Villa membuat kejutan. Dari serangan balik, Christian Benteke berjaya menyamakan kedudukan menjadi 1-1. Dia memanfaatkan umpan silang Gabriel Agbonlahor dari sayap kiri.
Masuk babak kedua, Chelsea terus menekan pasukan pelawat. The Blues mempunyai peluang pada minit ke-61 melalui tendangan volley Hazard yang menyambut umpanan Juan Mata tapi sayang, tendangan pemain Belgium ini masih melebar.
Kerja keras Chelsea untuk mencetak gol berbuah hasil pada minit ke-73. Pemain pertahanan Branislav Ivanovic berjaya menanduk masuk bola ke gawang Aston Villa, menyambut umpanan hasil tendangan bebas Lampard. Ini adalah gol keempat Ivanovic dalam tiga perlawanan terakhirnya melawan Aston Villa.
Hingga perlawanan berakhir, Chelsea berjaya mengekalkan keunggulannya. The Blues berjaya menambah tiga mata, yang membolehkannya unggul di puncak liga enam mata selepas di perlawanan pertama menang 2-0 atas Hull City, mengatasi Manchester City, yang baru bermain satu perlawanan.

Post a Comment