Liga Perdana Inggeris - Chelsea, Tottenham menang perlawan pertama musim ini
Chelsea sementara unggul 2-0 atas Hull City hingga akhir babak pertama pada perlawanan Premier League di Stadium Stamford Bridge, Minggu (18/8/2013). Sepasang gol tuan rumah pada babak ini dikreasi Oscar dan Frank Lampard.
Photo used under Creative Commons from Ben Sutherland |
Namun, kesempatan tersebut gagal dimanfaatkan dengan baik oleh Lampard apabila tendangan penalti terbuang sia-sia setelah McGregor berjaya menepis bola tendangan Lampard dari titik putih.
Terus menekan, suporter tuan rumah akhirnya dapat bersorak setelah Oscar mampu menjaringkan bola ke gawang Hull pada minit ke-13. Gol tersebut dihasilkan setelah berjaya memaksimumkan umpanan baik Kevin de Bruyne.
Setelah gol tersebut, Chelsea kelihatan lebih selesa menguasai tempo perlawanan. Berkali-kali pergerakan tanpa bola tiga pemain tengah Chelsea, Eden Hazard, De Bruyne dan Oscar mengucarkacirkan barisan pertahanan Hull.
Pada minit ke-25, Lampard menambah kegembiraan penyokong Stamford Bridge selepas berjaya mencatatkan namanya di senarai penjaring melalui tendangan bebas yang bolanya meluncur deras ke dalam gawang tanpa mampu ditampan McGregor.
Post a Comment