Header Ads


Liga Sepanyol - Real Madrid Berhempas Pulas Tewaskan Granada


Real Madrid terpaksa berhempas pulas sebelum dapat menundukkan tuan rumah Granada pada perlawanan kedua La Liga di Nuevo Los Carmenes. Karim Benzema menjadi wira El Real melalui gol tunggalnya pada awal babak pertama.

Dengan kemenangan ini, Madrid memungut enam mata setelah sebelum ini menang 2-1 atas Real Betis. Ini adalah permulaan yang baik untuk Madrid dalam usahanya untuk memburu gelaran juara La Liga musim 2013/14.

Madrid muncul dengan pasukan terbaiknya meski Iker Casillas kembali duduk di bangku simpanan kerana Carlo Ancelotti memilih Diego Lopez sebagai penjaga gawang utama. Granada, yang musim lalu berjaya memalukan Madrid kerana menang 1-0 melalui gol sendiri Cristiano Ronaldo, tampak cukup yakin dan berjaya mengawal permainan di awal-awal babak pertama.

Meski demikian, Madrid tak perlu masa yang lama untuk memberi tekanan kepadatuan rumah. Selepas mula menguasai keadaan, Los Blancos berjaya menjaringkan gol pada minit ke-11 melalui sepakan Benzema, yang meneruskan bola hasil kawalan Ronaldo selepas menerima umpanan silang Di Maria dari sayap kanan. Ini adalah gol kedua Benzema pada musim 2013/14.

Granada berusaha untuk bangkit dan pada minit ke-19, mereka mendapat peluang keemasan untuk menyamakan jaringan namun El Arabi tepat mengarah ke badan Lopez yang berjaya menepisnya keluar.

Separuh kedua, Granada cuba memberikan tekanan sehingga Madrid tidak berjaya melakukan serangan. Tetapi, gawang mereka yang nyaris bocor pada minit ke-53 melalui tandukan Sergio Ramos selepas menyambut umpanan dari tendangan sudut tetapi masih gagal membuahkan hasil.

Selepas itu, Madrid mula mengambil alih kawalan permainan. Isco nyaris menggandakan keunggulan Madrid pada minit ke-62, tetapi tendangannya mengenai tiang setelah sempat disentuh penjaga gol Granada, Roberto Fernandez.

No comments

Powered by Blogger.