Header Ads


Lee Chong Wei Gagal Raih Geleran Selepas Dilanda Kecederaan



Sembang Sukan Semasa
Photo used under Creative Commons from ianpatterson99
Datuk Lee Chong Wei gagal dalam misinya mendakap kejuaraan sulung di Kejohanan Badminton Dunia 2013 apabila menarik diri pada set ketiga perlawanan akhir di Gimnasium Tianhe, di sini hari Ahad.

Jaguh badminton negara itu menarik diri ketika beliau ketinggalan 17-20 pada set penentuan tersebut kepada juara bertahan, Lin Dan dari China.

Pada set pertama, Chong Wei menang 21-16 namun tumpas di set kedua 13-21.

Kekecewaan itu adalah yang kedua berturut-turut bagi Chong Wei, yang juga pemain nombor satu dunia, selepas tumpas kepada pemain China itu di Arena Wembley, London dua tahun lepas.

Hendra Setiawan-Mohammad Ahsan pula meraih gelaran juara dunia selepas mengalahkan pilihan ketiga dari Denmark Mathias Boe-Carsten Mogensen 21-13, 23-21.

Indonesia juga meraih juara bergu campuran melalui Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir yang mengalahkan pasangan China Xu Chen-Ma Jin 21-13, 16-21, 22-20 dalam pertarungan yang memakan masa 74 minit.

Gelaran juara dunia ini merupakan yang kedua bagi Hendra setelah sebelumnya meraih gelaran yang sama pada 2007 bersama Markis Kido, sedangkan bagi Ahsan adalah yang pertama.


No comments

Powered by Blogger.