Header Ads


Piala Malaysia - Keputusan Peringkat Kumpulan 27 Ogos 2013

Sime Darby FC mencipta kejutan selepas menewaskan juara 32 kali, Selangor, menerusi kemenangan 3-0 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang. Tiga gol skuad bimbingan Ismail Zakaria itu dijaringkan Karlo Primorac pada minit ke-22 dan 29, serta Fazrul Hazli Mohd Kadri pada minit ke-72.

Selangor PKNS FC pula semakin menghampiri slot ke suku akhir Piala Malaysia selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Felda United FC dalam saingan Kumpulan B di Stadium Shah Alam, Selasa malam.

Dalam satu lagi aksi kumpulan B, Johor Darul Takzim (Johor DT) hanya mencatat kemenangan tipis 3-2 ke atas T-Team pada aksi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Dalam perlawanan ini T-Team terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada minit ke-74 selepas Mohd Saiful Mustapa dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan Syed Azahar Syed Kamar kerana mengasari Mohd Hadin.

Juara bertahan Piala Malaysia Kelantan sekadar terikat 1-1 menentang Negeri Sembilan dalam saingan Kumpulan C di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi sementara dalam satu lagi perlawanan Kumpulan C menyaksikan Pahang turut terikat 1-1 ketika bertemu Terengganu di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Dalam Kumpulan D, Perak menundukkan Lions XII yang merupakan juara Liga Super hasil gol tunggal Azlan Ismail pada minit kelapan perlawanan dalam aksi di Stadium Perak, Ipoh.

Kedah dan Sarawak pula hanya mampu mengutip satu mata selepas mencatat keputusan seri tanpa jaringan pada satu lagi aksi Kumpulan D di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Keputusan Penuh 27 Ogos 2013

KUMPULAN A


TARIKHTUAN RUMAHPELAWATKEPUTUSAN
27 Ogos 2013Sime Darby

Karlo Primorac (22 dan 29)

Fazrul Hazli Mohd Kadri (72)

SELANGOR
3 - 0
27 Ogos 2013
JOHOR 

Mohd Ezaidy Mohd Khadar (42)

Md Farid Ideris (48) 
Muhd Hairul Nizam Haniff (80) 
ATM

Muhd Shukor Adan (53)

Marlon Alex James (73 dan 78)
3 - 3

KUMPULAN B



TARIKHTUAN RUMAHPELAWATKEPUTUSAN
27 Ogos 2013T TEAM

Ahmad Syamim Yahya (48)
Fauzan Abdullah (77).

JOHOR DT


Mohd Hadin Azman (23)
Mohd Safee Sali (27)
Norshahrul Idlan Talaha (63') 

2- 3
27 Ogos 2013SELANGOR PKNS

Patrick Ronaldinho Wleh (35 dan 51)
FELDA UNITED



2 -  0

KUMPULAN C



TARIKHTUAN RUMAHPELAWATKEPUTUSAN
27 Ogos 2013
PAHANG

Matias Ruben Conti. (13)

TERENGGANU

Mohd Ashaari Shamsuddin (7)

1 - 1
27 Ogos 2013
NEGERI SEMBILAN

Fabio Leandro Barbosa (59)



KELANTAN

Dickson Nwakaeme (39)
1 - 1

KUMPULAN D


TARIKHTUAN RUMAHPELAWATKEPUTUSAN
27 Ogos 2013PERAK

Azlan Ismail (8)

LION XII



1 - 0
27 Ogos 2013KEDAH


SERAWAK

0 - 0

No comments

Powered by Blogger.