Header Ads


Ligue 1 - PSG hanya mampu seri



Paris Saint-Germain (PSG) masih gagal meraih kemenangan di Ligue 1 musim ini. PSG hanya mampu seri 1-1 dengan pasukan di tangga bawah, AC Ajaccio, di Stadium Parc des Princes.

 tpower1978
Pertandingan baru berlangsung sembilan minit, gawang PSG yang dikawal Salvatore Sirigu sudah dibolosi hasil jaringan Benoit Pedretti. Menerima umpanan Mehdi Mostefa, Pedretti melepaskan tendangan melengkung yang menerjah jaring PSG.

Setelah ketinbggalan, PSG terus melancarkan serangan demi serangan ke gawang Ajaccio. Namun, peluang-peluang dari Maxwell, Zlatan Ibrahimovic, ataupun Edinson Cavani tetap tidak boleh membolosi gawang lawan yang dijaga Guillermo Ochoa.

Pada babak kedua, Jurulatih PSG, Laurent Blanc, mengubah formasi kepada 4-2-4 selepas penyerang Ezequiel Lavezzi dan Hervin Ongenda masuk menggantikan dua pemain tengah,  Javier Pastore dan Lucas Moura.

Kemasukan dua pemain itu, terutama Ongenda, terbukti memberikan angin segar bagi PSG. Empat minit sebelum pertandingan berakhir, hantaran Ongenda berjaya diselesaikan Cavani menjadi gol penyamaan.

Perlawanan berakhir 1-1, meski PSG mengawal penuh pertandingan. Walaupun PSG melepaskan 39 tendangan, sementara Ajaccio hanya satu tendangan tepat perlawanan berkesudahan dengan seri 1-1.

Dengan keputusan ini PSG masih berada di bahagian tengah Ligue 1. PSG hanya mengumpul dua mata hasil daripada dua kali seri. Sebelum ini, pada perlawanan pertama, PSG juga bermain seri 1-1 melawan Montpellier HSC.

No comments

Powered by Blogger.