La Liga - Real Sociedad bermula cemerlang
Real Sociedad memulakan musim Liga BBVA dengan gemilang. Bermain di Stadium Anoeta, La Real berjaya menumpaskan pelawat, Getafe, dua gol tanpa balas.
Unai_Guerra |
Jurulatih baru Athletic Bilbao Ernesto Valverde memulakan kempen musim baru dengan kemenangan selepas pasukannya berjaya mengatasi Real Valladolid 2-1 di tempat lawan.
Markel Susaeta memberikan Athletic Bilbao mendahului pada 28 minit, tetapi hanya beberapa minit kemudian Patrick Ebert berjaya menyamakan kedudukan.
Iker Muniain menjaringkan gol kedua Bilbao lima minit selepas rehat, dan seterusnya berjaya mengekalkan kedudukan sehingga perlawanan tamat.
Valencia pula berjaya merakamkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Malaga hasil jaringan gol babak kedua oleh Ricardo Costa.
Pemain bek tengah berasal dari Portugis itu berjaya mengambil kesempatan daripada kesilapan penjaga gol Malaga Willy Caballero pada minit 64, memberikan pasukannya kemenangan dalam perlawan pembukaan musim ini.
Malaga bermula dengan hanya lima pemain musim lalu, dengan kebanyakan pemain utama Manuel Pellegrini musim 2012-13 meninggalkan kelab itu pada musim panas.
Post a Comment