Liga Inggeris - City Menang selesa ke atas Newcastle
Manchester City menang empat gol tanpa balas ke atas Newcastle United di Stadium Etihad. Kemenangan itu membolehkan City mengungguli sementara Carta Premier League.
Photo used under Creative Commons from ulicar |
Seminit berselang, The Citizens kembali berpeluang menjaringkan gol. Kali ini, kesempatan emas Edin Dzeko, juga dipatahkan Krul dengan baik.
Dua minit kemudian, penyokong Etihad akhirnya bersorak apabila David Silva berjaya membolosi gawang Newcastle. Dimulakan aksi Dzeko dari sisi kiri yang mengumpan ke depan mulut gawang Newcastle, Silva memenafaatkan peluang itu melalui tandukan.
Terus menekan pertahanan The Magpies, pasukan Manuel Pellegrini kembali menemui gol apabila pada minit ke-22, umpanan Dzeko kali ini disudahkan Sergio Aguero yang menendang deras membuat Krul memungut bola dari gawang untuk kali kedua.
Pada minit akhir babak pertama, Newcastle bermain dengan sepuluh pemain apabila Steven Taylor dibuang padang akibat melanggar keras Aguero. Keunggulan 2-0 City bertahan hingga babak pertama berakhir.
Enam minit selepas babak kedua berjalan, City menambah gol ketiga City melalui Yaya Toure apabila tendangan bebas melengkungnya gagal ditepis Krul.
Unggul 3-0 membuat City mengendurkan serangan. Pellegrini memasukkan Samir Nasri untuk menggantikan Aguero pada minit ke-61 dan pada minit ke-75, pemain asal Perancis itu berjaya memalukan Krul setelah menerima umpanan Zabaleta.
Dengan keputusan ini City kini mengungguli carta Liga Perdana dengan mengenepikan MU yang sebelum ini mengalahkan Swansea 4-1.
Post a Comment